Tuesday 20 May 2014

Extreme Day in One Day

Assalamualaikum


Beberapa minggu dan minggu yang lepas, aku bersama 4 orang lagi rakan sebilikku telah pergi melakukan aktiviti yang tak berapa nak mencabar kewibawaan keperempuanan kami hehehe di beberapa tempat yang tak berapa nak gah untuk dibanggakan namun masih berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat kerana tanpa mereka yang menyediakan tempat sebegini mana mungkin kami akan keluar dari "kandang" dan asik terperap buat shit eyes :)

Aktiviti asal pada hari itu adalah berkayak lepastu entah macam mana idea nak main bowling dengan archery muncul dalam kepala salah seorang dari mereka yang aku kurang pasti siapa yang mencurahkan idea yang bernas itu dan aku berterima kasih kepadanya. Kalau dulu lepas habis sekolah, aktiviti cenggini memang sinonim la kiranya dengan aku dan PBPro pastu bila dah masing-masing sambung study, kiranya kiteorang tangguh dulu bila mid break jumpa pastu rock on just the way we are hahahhaa..

sebelum melenguhkan tangan (iklan colgate di hadapan)

Standard lah kan men must DO the work without our help

Jangan pernah kau fikir ini hanya gambar semata setakat datang snap pastu blah.
sorry hokeyhh.. tengah main focus !

Tadaa !!!

no caption

Aktiviti PALING wajib


Dan sebagai perempuan, walau penat berjalan tapi masih mampu menggagahkan diri untuk bershopping. Itulah dia kehebatan manusia yang dilahirkan sebagai perempuan. Girls, i know you are just the same :)

thank you for reading this entry :)

Tuesday 29 April 2014

Sahabat

Assalamualaikum


Masa kecik-kecik dulu zaman hingus leleh baju serebeh bila kawan ambik pemadam dah nangis report cikgu macam cikgu tu mak kau, aku selalu ada masalah dengan orang yang bergelar "kawan". Entah kenapa ada je yang tak kena. Kengkadang tu kawan ibarat kau jalan depan aku follow belakang, kau kata apa aku ikut tanpa bantahan, kau berjaya aku disisihkan.

Lifeless gila hidup aku dulu. Ada satu masa tu waktu rehat pun ronda-ronda kawasan sekolah (dulu aku pengawas bila waktu rehat kena ronda to make sure there is no student in the class) seorang diri. Makan pun belakang toilet area padang. Sedih gila weyh. Dalam setahun tu kiranya lebih banyak tak best dari best. Bukan bermaksud hidup aku ni macam bawang merah bawang putih versi indon yang mana aku ni kategori bawang putih. Bukan! Kiranya, aku ada kawan dimana bukan kawan yang boleh jadi teman suka duka susah senang yang sekepala buat apa yang kita suka.


pause.....


Episode baru yang menyeronokkan bila aku masuk ke sekolah menengah. Form 1 & form 2 merupakan sesi suaikenal nak cari member mana yang elok, yang baik perangainya, yang faham segala benda, yang faham apa yang aku suka merepek. Sehinggalah aku jumpa seorang manusia ni masa form 3 yang sampai sekarang aku masih contact dengan dia walaupun kitaorang berkawan setahun (dan pernah bertelingkah dan bermasam muka) pastu dia pindah MRSM. Sedih jugak la sampaikan aku tengok cerita See you di IPT semata nak dapatkan effect sedih nangis bila kawan tinggalkan kita. Dia kawan yang baik dan aku sayang dia as a friend. Selalu buat perangai gila lepas sekolah bila kiteorang stay back kononnya nak study untuk ekjem PMR. Kononnya lah kan last-last banyak usha ehemm.. hahhahhaha.. Nostalgia beb!

"Hi awak, kita curi dari peshbook."

Alhamdulillah.. Sejak dari aku form 4 sampai sekarang dah sambung universiti, syukur sangat aku dikurniakan kawan-kawan yang sangat aku suka berkawan terutama sekali PBP. PBP ibarat keluarga kedua dan kebahagiaan aku. Kalau balik kampung memang wajib keluar lepak sesama melepaskan rindu macam berpuluh tahun tak jumpa. Honestly dulu memang aku jenis orang dikatakan sombong (sampai sekarang mungkin) sebab tak suka bergaul asik kepit dengan orang sama je tapi sekarang entah macam mana aku rasa bosan kalau kita asik stick to one person je kau tak rasa bosan ke hah? (exclude my PBP & emazahfi)

Keluarga besar PBP (mimi and jojo not in the pic)

5 tahun lagi !

Sebab bagi aku lah kan, bila kita always stick dengan orang yang sama je nanti mulalah sikap cik peah, cik kiah, melah semua keluar. Pandang orang semua rendah je. Pastu mulalah tu mengumpat sana sini, mengutuk orang tak sedar diri tu pun buruk gak perangainya. Malu dapat apatah lagi dosa hmmm bertingkat-tingkat bila kau nak bertaubat?
 
Kawan memang senang gila nak cari. Kau upah duit pun semua nak mengaku dia kawan kau. Tapi sahabat? Satu dalam sejuta pun payah. Maka, adik-adik abang kakak saudara saudari semua please appreciate semua orang yang ada kat sekeliling kau and mostly yang selalu dengan kau waktu susah mahupun senang. Jangan sampai kau realize someone's worth when he's/she's gone. 

thank you for reading this entry :)

Sunday 13 April 2014

home-made 1 - Pizza

Assalamualaikum


Kita dah habis dah midsem break. Dak-dak uitm baru nak cuti kan? Dasar !! Pelik-pelik sungguh mereka. Tapi tak mengapa, biar kita kumpul lagi kerinduan dengan derang-derang tu sesungguhnya masa akan tiba untuk kita peluk dan gelak dengan mereka puas-puas. 

Tapi.. tapi.. tapi.. 

Bukan itu yang aku nak cerita dalam entri kali ini. Dah baca tajuk kat atas tu? Haa..meh sini nak cerita. Disebabkan aku ni penggemar pizza yang tegar dan sedar bahawasanya sukar untuk memperolehnya tanpa bank bergerak dunia akhirat di sisi, makanya dengan azam yang tekad dan perasaan yang lain macam kesungguhannya, aku pun buatlah pizza dengan sendirinya (tanpa bantuan sesiapa pun hokeyh!)

tadaaaaa.....
 "Pizzaliyani Le Kebaboom" says hi to you :)
 errr.. sebab ni fes taim, so uolss boleh agak lah kan hasilnya macam mane. Biasalah entrepreneur nak maju dengan bisnes dia pun bukan sekali daki dah sampai puncaknya. Makan masa. But please, don't you ever judge the pizza by its topping ok. Masih boleh ditelan dan akan mengeluarkan effect sendawa yang membawa makna boleh diterima. hahahahha...

Aku bukan tak nak share resepi tapi it is better if you find someone yang expert on these. Aku pun godak-godak gak orang punya blog cari resepi. Practice makes perfect bro! Selamat maju jaya :)


p/s: bukan nak menunjuk, tapi lebih kepada berkongsi sesuatu yang menarik jika kau takde kerja nak buat apa daripada melayan perasaan yang entah apa-apa tu lebih baik mencuba benda baru kan? 


thank you for reading this entry :)

Tuesday 8 April 2014

Percutian Pertengahan

Assalamualaikum


Kita dah mula cuti dah. Dah lama dah dari haritu lagi. Kalau dah cuti apa makna ekau nak bukak buku kan? Kita buddies bukak buku last minit. Spisis esok nak bukak sekolah malam tu baru terhegeh nak siapkan homework. Spisis esok nak sekolah, malam tu baru teringat kasut tak basuh dan dan masuk mesin terus dengan pengering sekali. Kalau tak kering gak, letak bawah kipas. hahahhaha.. ana tau apa anta buat hokeyhh.. 

Cuti seminggu beb tak dan nak holiday jauh-jauh. Tak dan nak membeli-belah di TS yang rata-ratanya murah gila bapak kau haaaa rambang mata haku uuiihhh.. 

"coz i am shorter!!"


Walau papepun, kita di sini nak ucap selamat bercuti pada awak-awak di sana. Guna peluang ini untuk eratkan hubungan dengan mak ayah, atauk nenek, kakak abang, suami isteri, jiran kanan dan kiri, atas dan bawah dan semuanya yang ada. Jangan lupa, siapkan assignment !! *berpesan pada diri* 


thank you for reading this entry :)

Saturday 29 March 2014

English Drama

Assalamualaikum


Hari rabu lepas, kita dan kawan-kawan kita ada buat english drama dalam kelas. Itu salah satu esaimen la sebab diambil markah (included in the carry marks) Diberi masa yang agak lama untuk buat latihan tapi yang teruknya, group kami cuma rehearsal 3 hari je itupun macam apa entah. Banyak gelak dari serious.

Present hari rabu start rehearse hari ahad buat props hari selasa. Lepas tu mengeluh penat, padan muka kau memang carik pasal namanya. Script memang dah lama buat tapi dari hari pertama buat sampai malam esok tu nak present, asik ubah je. Bukan setakat tu, pagi tu sempat ubah sikit tau. haaa kau tak terkata aku punya geleng kepala dah tak tahu nak geleng apalagi. 

Disebabkan memasing nervous-licious mengalahkan nak jumpa pak mentua, segala mak nenek script, theme background, sound effect semua tonggang langgang. 

Tapi.. tapi... tapi... walaupun tak ikut script, disebabkan masing-masing dah ada kimia sesama ahli, makanya lakonan atas stage tu banyak spontan dari apa yang dirancang dan respond dari penonton amat kami hargai kerana mereka suka hehehhehe... 

Kalah menang adat pertandingan.. dan aku pun tak harap setinggi gunung kinabalu pun nak menang sebab yang penting, dah present dan dah diberi markah.

orang atas ni berlakon sebagai pembuli dan pari-pari, tapi pemakaian dan aksi banyak mengada-ngada dari membuli.

dalam ni ada roomate dan classmate. groupmate entahlah..

thank you for reading this entry :)