Tuesday 29 April 2014

Sahabat

Assalamualaikum


Masa kecik-kecik dulu zaman hingus leleh baju serebeh bila kawan ambik pemadam dah nangis report cikgu macam cikgu tu mak kau, aku selalu ada masalah dengan orang yang bergelar "kawan". Entah kenapa ada je yang tak kena. Kengkadang tu kawan ibarat kau jalan depan aku follow belakang, kau kata apa aku ikut tanpa bantahan, kau berjaya aku disisihkan.

Lifeless gila hidup aku dulu. Ada satu masa tu waktu rehat pun ronda-ronda kawasan sekolah (dulu aku pengawas bila waktu rehat kena ronda to make sure there is no student in the class) seorang diri. Makan pun belakang toilet area padang. Sedih gila weyh. Dalam setahun tu kiranya lebih banyak tak best dari best. Bukan bermaksud hidup aku ni macam bawang merah bawang putih versi indon yang mana aku ni kategori bawang putih. Bukan! Kiranya, aku ada kawan dimana bukan kawan yang boleh jadi teman suka duka susah senang yang sekepala buat apa yang kita suka.


pause.....


Episode baru yang menyeronokkan bila aku masuk ke sekolah menengah. Form 1 & form 2 merupakan sesi suaikenal nak cari member mana yang elok, yang baik perangainya, yang faham segala benda, yang faham apa yang aku suka merepek. Sehinggalah aku jumpa seorang manusia ni masa form 3 yang sampai sekarang aku masih contact dengan dia walaupun kitaorang berkawan setahun (dan pernah bertelingkah dan bermasam muka) pastu dia pindah MRSM. Sedih jugak la sampaikan aku tengok cerita See you di IPT semata nak dapatkan effect sedih nangis bila kawan tinggalkan kita. Dia kawan yang baik dan aku sayang dia as a friend. Selalu buat perangai gila lepas sekolah bila kiteorang stay back kononnya nak study untuk ekjem PMR. Kononnya lah kan last-last banyak usha ehemm.. hahhahhaha.. Nostalgia beb!

"Hi awak, kita curi dari peshbook."

Alhamdulillah.. Sejak dari aku form 4 sampai sekarang dah sambung universiti, syukur sangat aku dikurniakan kawan-kawan yang sangat aku suka berkawan terutama sekali PBP. PBP ibarat keluarga kedua dan kebahagiaan aku. Kalau balik kampung memang wajib keluar lepak sesama melepaskan rindu macam berpuluh tahun tak jumpa. Honestly dulu memang aku jenis orang dikatakan sombong (sampai sekarang mungkin) sebab tak suka bergaul asik kepit dengan orang sama je tapi sekarang entah macam mana aku rasa bosan kalau kita asik stick to one person je kau tak rasa bosan ke hah? (exclude my PBP & emazahfi)

Keluarga besar PBP (mimi and jojo not in the pic)

5 tahun lagi !

Sebab bagi aku lah kan, bila kita always stick dengan orang yang sama je nanti mulalah sikap cik peah, cik kiah, melah semua keluar. Pandang orang semua rendah je. Pastu mulalah tu mengumpat sana sini, mengutuk orang tak sedar diri tu pun buruk gak perangainya. Malu dapat apatah lagi dosa hmmm bertingkat-tingkat bila kau nak bertaubat?
 
Kawan memang senang gila nak cari. Kau upah duit pun semua nak mengaku dia kawan kau. Tapi sahabat? Satu dalam sejuta pun payah. Maka, adik-adik abang kakak saudara saudari semua please appreciate semua orang yang ada kat sekeliling kau and mostly yang selalu dengan kau waktu susah mahupun senang. Jangan sampai kau realize someone's worth when he's/she's gone. 

thank you for reading this entry :)

0 comments:

Post a Comment