Saturday 29 March 2014

English Drama

Assalamualaikum


Hari rabu lepas, kita dan kawan-kawan kita ada buat english drama dalam kelas. Itu salah satu esaimen la sebab diambil markah (included in the carry marks) Diberi masa yang agak lama untuk buat latihan tapi yang teruknya, group kami cuma rehearsal 3 hari je itupun macam apa entah. Banyak gelak dari serious.

Present hari rabu start rehearse hari ahad buat props hari selasa. Lepas tu mengeluh penat, padan muka kau memang carik pasal namanya. Script memang dah lama buat tapi dari hari pertama buat sampai malam esok tu nak present, asik ubah je. Bukan setakat tu, pagi tu sempat ubah sikit tau. haaa kau tak terkata aku punya geleng kepala dah tak tahu nak geleng apalagi. 

Disebabkan memasing nervous-licious mengalahkan nak jumpa pak mentua, segala mak nenek script, theme background, sound effect semua tonggang langgang. 

Tapi.. tapi... tapi... walaupun tak ikut script, disebabkan masing-masing dah ada kimia sesama ahli, makanya lakonan atas stage tu banyak spontan dari apa yang dirancang dan respond dari penonton amat kami hargai kerana mereka suka hehehhehe... 

Kalah menang adat pertandingan.. dan aku pun tak harap setinggi gunung kinabalu pun nak menang sebab yang penting, dah present dan dah diberi markah.

orang atas ni berlakon sebagai pembuli dan pari-pari, tapi pemakaian dan aksi banyak mengada-ngada dari membuli.

dalam ni ada roomate dan classmate. groupmate entahlah..

thank you for reading this entry :)

0 comments:

Post a Comment